LAHAD DATU – Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu
bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara
cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di
barisan hadapan ‘Ops Daulat’.
Meskipun tidak dapat diterima dalam
kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan
termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui
memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah
kelangkang.
Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan
berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan
musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu
syaitan.
Menuruh sumber, usaha gempur pengganas
Sulu dalam ‘Op Daulat’ sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat
dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.
“Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa
menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak
tidak akan membuatkan pengganas itu tewas,” katanya.
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada
mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat
persembunyian musuh.
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan
dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke
arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai
mereka.
“Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk
tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril
berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali
‘al-Quran Istanbul’ yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi
kebal.
Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa
menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.
Anggota keselamatan sentiasa
dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan
operasi untuk memburu pengganas Sulu.-Sumber :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment